Guru Besar SKBIM

Guru Besar SKBIM

Tuesday, 20 September 2011

Program Pasca UPSR 2011

Alhamdulillah, peperiksaan UPSR 2011 baru sahaja berlalu. kegembiraan jelas terpancar di wajah-wajah murid tahun 6.segala penat lelah mengulangkaji pelajaran,bersengkang mata mengadap nota-nota dan segalanya telah berlalu,cuma menghitung hari menunggu keputusan UPSR 2011 keluar sahaja. Diharapkan pada tahun ini keputusan UPSR akan meningkat daripada tahun sebelumnya Insyaallah.
         bagi mengisi ruang yang ada,pihak sekolah telah mengatur beberapa program pasca UPSR ini. diantaranya ialah:
  • pra baliqh
  • smart solat
  • kursus sembelihan
  • bengkel al-quran
semoga dengan program yang disusun ini,diharapkan murid-murid tahun 6 akan lebih matang sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. dengan kerjasama daripada pihak pentadbiran dan juga guru-guru SKBIM Insyaallah murid-murid tahun 6 SKBIM akan menjadi murid cemerlang dunia akhirat walau di mana berada dan secara tidak langsung akan mengharumkan nama sekolah ini khususnya.

Wednesday, 7 September 2011

PENGENALAN

Alhamdulillah.tahun 2011 merupakan tahun yang cukup bermakna bagi SKBIM dalam melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan memimpin negara pada suatu masa nanti.Insyaallah dengan komitmen guru-guru yang ada pada hari ini akan mampu memberi impak yang maksimum bagi memastikan proses pendidikan berjaya sesuai dengan misi dan visi SKBIM.

SEK.KEB.BUKIT INDERA MUDA

SELAMAT DATANG KE SEK.KEB.BUKIT INDERA MUDA

Sejarah Pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta




Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
 (b) Pendidikan Rendah
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
 (c) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
            o    Sekolah Akademik
            o    Sekolah Teknik dan Vokasional
            o    Sekolah Kebangsaan Agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah
  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
          o    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan  kepada              Jabatan Pendidikan Khas.
          o    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.